Wednesday, March 13, 2013

keretapi malam

kalau kau duduk dalam keretapi sekarang ni
tengah malam
cuba kau tengok luar tingkap
malam seakan bergerak melintang bukan?
kau tak perasan ke latar malam tu seolah filem lama memaparkan babak hidup kau sendiri?
aku perasan.

Sunday, March 10, 2013

oh
rupanya malam itu aku tidur berpelukkan resah dan kesal
bertebaran keliling tempat maut kecilku
liat, walaupun aku cuba mengalihkannya

tak mengapa,.
aku dah biasa

Malas

ya
aku dijadikan manusia bukan untuk menyerah kalah
aku masih waras
untuk mencantas rasa rasa malas aku sendiri

Pagi

pagi.
aku buka jendela seluas-luasnya
aku mahu lepaskan segalanya. semuanya.
yang membuatkan aku sesak semalaman

Mencari

semalam.
aku tidur, dalam keadaan masih mencari
hari ni.
aku sedar, masih dalam keadaan mencari

Jauh

Jauh
Jarak kau dan aku sangat jauh
Kau dihadapan, sudah dihidangkan semuanya
Aku di belakang masing tercari cari