Wednesday, December 28, 2011

aku dan saiful bukhari?

petang itu, aku hanya terlentang mengadap tivi. layan drama2 melayu yang klise tak berkesudahan. kelihatan wan maimunah selaku mak bedah sedang sibuk menuang nasi putih ke pinggan majikannya, Dato' Karim. Lepas dia menuang nasi kat pinggan Dato' Karim, Mak Bedah pun buat2 naif tuang nasi kat pinggan isteri Dato' Karim, Datin Faridah. Datin Faridah pun menengking sekuat hati :

'cukup Mak Bedah! Kau nak tengok aku gemuk ke!' 

Mak Bedah pun berlari2 anak masuk kedapur sambil teresak2. Hujung lengan baju kurungnya dibuat kesat hingus dan air mata yang berjurai2. Lepas tu mulalah muzik  mendayu2 berkumandang.

*****

'anakku, nanti dah abis belajar nak kerja ape?' soal mak aku sebelum aku sempat menghamburkan makian kat Datin Faridah yang menyinga tuh. krak kruk krak mak aku hadamkan tempeyek kacang.

'entahlah mak, tak tau lagi nak keja ape. ingatkn nak jadi artis je'. aku bersuara selambe.

'kamu kan minat menulis, apa kata jadi setiausaha sulit menteri'

'eh janganlah mak, nanti jadi macam kes anuar ibrahim *^&%#  s/u die sendiri tu. Ish mintak simpang!' kakak aku muncul entah dari mana. Aku dan mak hanya terlopong, kemudian mak terus menghabiskan sisa tempeyek kacang. sementara aku terus tengok wan maimunah yang masih tidak berhenti menangis.

p/s : eh aku ni sejambu Saiful Bukhari ke?

Tuesday, December 20, 2011

Rebiu Dua Jalan di Kuala Lumpur

dalam hari-hari yang aku bergelumang dengan asaimen, dan projek ef why pi yang tak sudah-sudah sempat la jugak aku membaca beberapa rebiu pembaca pasai Hero. Maka di sini aku nak tekankan rebiu pasal cerita aku dalam Hero, Dua Jalan Di Kuala Lumpur.

- rebiu oleh penulis Hero sendiri. Abang jambu abad ini, Bozu

karya seorang kawan yang baru aku kenali, Shahir. Cerita paling pendek di dalam buku Hero ini tetapi meletakkan sinopsis paling panjang pada kulit belakang buku Hero ini. Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik yang bernama Adib dan Nizam bersama seorang makwe bernama Aisha Humaira. Mengisahkan bagaimana mereka berpisah kerana membawa haluan masing-masing tetapi berjumpa secara tidak sengaja pada hujung cerita. Cerita yang sangat sinonim dengan drama melayu tambah-tambah ada scene air mata. Walaupun jalan ceritanya agak klise, pemilihan perkataan dan penggunaan bahasa Shahir amatlah power pada aku. Mungkin cerita ini akan lebih menarik jika setiap karektor dikupas dengan lebih teliti. Terdapat pelbagai persoalan ditinggalkan Shahir kepada kita dan cerita ini ditamatkan ketika pembaca masih tertanya-tanya. Sebuah cerita yang sangat serius. Part paling mendebarkan adalah part sarang pelacur.

- rebiu oleh blogger adik manis http://angelsjourney.blogspot.com

cerita from shahir nie starting yang agak baik untuk mula baca buku...penilain hero dalam cerita pilihan antara dua sahabat.

maka, kepada pihak-pihak yang membuat rebiu, terima kasih banyak. aku suka rebiu kalian. maka, kesimpulan di sini :
- aku kena kontrol diri aku sendiri daripada tengok drama-drama melayu yang klise. aku ni senang terpengaruh
- aku kena menulis di luar kotak
- aku kena banyak baca lagi penulisan orang lain. tak baca, memang bodo sombong
- banyak lagi yang aku kena belajar
- memang aku tak nafikan, cerita writer lain memang besh. jalan cerita yang tak penah aku terlintas.


eh dol, banyak-banyak cerite dalam hero ni, cerite kau paling skema gile - rebiu oleh Kartini sambil tersengih-sengih.

aku tersenyum sambil menguis bintik-bintik muka di hujung jari, lalu aku menjentiknya dengan sekuat hati.

p/s : relaks. ni baru permulaan. sekarang ni dalam proses untuk projek buku kedua. kali ni aku tulis kaw2 punya. doakan ye

Wednesday, December 14, 2011

rindu kasih cinta

rindu mencelah
kasih membetah
cinta menghelah

aku tersekat
jiwa membejat
galau menjerat

rindu, kasih, cinta
usah dipaksa
diri merana
sesal akhirnya.

Tuesday, December 13, 2011

Majlis pelancaran 5 buku baru yang ternyata Lejen!

aku rasa kembang aku sampai sekarang tak kecut-kecut lagi. tak percaya rasanya bila aku dah ada buku sendiri. walaupun cerita aku dalam Hero ni di peringkat permulaan. ya lah, baru nak mengedik-gedik dalam penulisan. sabtu lepas (10/12/2011) telah berlangsungnya majlis pelancaran 5 buah buku baru Lejen Press : Hero, Heroin, Pompang2, Kontrol Histeria dan Angus, Himself kat Uya Distro. excited? usah cakap. budak hingusan dengan muka retak seribu macam aku ni pergi pelancaran bukunya sendiri? terkekek-kekek mak jemah oi.

aku malas nak sembang banyak. mari kita layan gambar-gambar di bawah ni!

 er ni betis sape ek? oh the aliff rupenye. balik kolej aku terus utube lagu die

 barisan pertahanan aku. thanks guys!

 The Aliff lagi. aku tertegun lagu dia ada Insyaallah. Cayalah bro

 Ni Aifaa. Pelapis Yuna mungkin. Tapi gambar aku dengan dia, aku dah terdelete. 
loserkan aku?

 Pretty Ugly. 

Antara manusia yang hadir

 Penulis Pompang2. aku kagum dengan kulit mulus dia.er.er.

Penulis Hero. Pegang mic tu bajet retis macam hape

Buku2 lejen yang dilancarkan.
sebilangan gambar2 aku curik dari blog Linglung tanpa keizinannya

secara overolnya, majlis petang tu memang meriah. hati pun rasa senang. lagi-lagi dapat kenal dengan penulis-penulis lain : Bozu, Zara, Fikri, Leplep, Amal, barisan Kontrol Histeria dengan writer Angus. ditambah pula dengan kelejenan warga Lejen Press : Linglung, Deus,Cikgu Vee dan lain-lain. Peminat setia Lejen Press yang ramah tamah, mee goreng yang sedap dan air kotak tebu yang mengasyikkan walaupun  aku terlepas saat indah menikmati kek coklat indulgence keluaran Secret Recipe, ditambah pula dengan suasan petang yang aman damai, burung-burung kota berdicit riang. fuh fuh 

konklusinya, aku nak ucapkan terima kasih segunung2nya buat Linglung dan Deus kerana mempercayai cerita aku untuk dimuatkan dalam Hero. Maaf sekali lagi kalau ada kekurangan kat cerita tu, dan aku yakin Deus takkan jemu dengan maaf aku yang tak sudah-sudah. Excited? usah cakap bila aku dapat signature dari writer Sperma Cinta, satu2nya Linglung di Malaysia. takde Linglung lain. ha ha

ok, jari aku dah hampir riuk, kekunci netbook hampir remuk. aku benti di sini. nak hilangkan kembang yang tak kecut-kecut. terima kasih kepada pembaca Hero. mulakan membaca dengan Bismillah...salam. 

p/s : - punya la bangang aku ni tak merasa roti canai yang sedap gile kat mamak depan Uya Distro tu
       - aku cuak sekiranya ada pembaca yang buat review pasal Hero. harap2 depa puas hati.amin..

Sunday, December 11, 2011

syukur pada rezeki

di saat begini
lingkaran memesat semakin kelam
saban hari ke saban detik
bisa lemas dalam kemanisan fana
sekiranya tak sempurna dalam kesiagaannya

carilah di mana letaknya lubang sirna
yang menghalusi garisan-garisan mutiara
membentuk corak, menghiasi suasana
mengukir senyuman, di kala kelat membuta

singkaplah lubang sirna itu
hapuskan semua garisan mutiara
di kala itu baru kau tahu,
ketahuannya mentari yang menyimbah
cahayanya ringkas, tapi berbisa
menghiris galau ternyata bersisa
menjalin sukma kembali sentosa

senyumlah engkau dengan mentari
yakinlah engkau dengan mentari
mentari itu hasil bidikan ciptaan Ilahi
bisa membuatkan engkau syukur dengan hari
dan segala rezeki yang ralit menikmati

*syukur tak terkira di atas rezeki yang tak dijangka. InsyaAllah, akan dipelihara sebaik mungkin.

Wednesday, December 7, 2011

ini cerita pasal HERO


Hero. tajuknye ringkas bukan? semudah a b c. tapi jangan sangka ianya sebuah naskhah picisan. dan jangan pernah menyangkakan naskhah ini hanye klise seperti jalan cerita drama-drama melayu yang semakin menggila.

Hero. mungkin istilah ini mengingatkan kita pada kebanyakkan cerita-cerita Rajnikanth. siapa tak kenal Hero tamil tu? tembak la sesuka hati anda tepat pada dadanya. pernah ke dia mati? ketangkasannya memang melampaui batas akal. tapi percayalah, Hero kali ini tiada unsur-unsur Rajnikanth di dalamnya. Hero ini menghanyutkan kita ke suatu dimensi :  menemukan kita dengan segelintir manusia yang sentiasa memberi kemenangan demi kebaikan dirinya dan sejagat.

Hero. merupakan karya pertama aku bersama penulis-penulis hebat yang lain. Sebuah kompilasi yang menggabungkan 5 cerita dalam sebuah buku yang mampu menjetik 'ke-hero-an' anda. Hero menampilkan :

Bozu (http://iniblogkechai.blogspot.com/) - Obligato
Brader Leplep (http://bilamentolmenyala.blogspot.com/) -  Hero Yang Paling Hero
Shahir (http://msaherr.blogspot.com/) - Dua Jalan Di Kuala Lumpur
Fikri Misti (http://fikrikacak.blogspot.com/) - Bandar Seri Korupsi
Lord Zara (http://shafaza-zara.blogspot.com/) - Nuansa Atma Adiwira

sekiranya kalian rasakan cerita aku membosankan, aku syorkan kalian bacalah 4 lagi cerita yang lain. Aku gerenti ianya mampu memuaskan dan meyakinkan kalian bahawa dengan mengeluarkan RM20 untuk membeli Hero ini bukanlah perkara sia-sia.

Aku mengaku mereka bukan calang-calang. Mereka sudah punya tapak dalam penulisan. Aku masih bertatih dalam meneroka bidang penulisan. Banyak lagi resipi yang belum aku mampu terungkai. Sememangnya aku harapkan tunjuk ajar dari mereka. Maaf sekiranya ada kekurangan dalam karya aku.


sesiapa yang bersenggang, jemputlah datang ke majlis pelancaran 5 buku baru terbitan Lejen Press di Uya Distro, ss15 Subang Jaya. sape-sape nak pre-oder Hero, jangan was-was nak klik link ni :
http://lejenpress.com/shop/hero/
Hero tak kenal jantina. Perempuan juga mampu jadi Hero!. sekian
 p/s : Takziah kepada sahabat yang aku baru kenal, Shahrul Naim (pemilik Lejen Press) yang kehilangan ibunda tercintanya, semalam. 7 Disember 2011. 6.20 petang. AlFatihah.