Friday, November 25, 2011

rm1.50

aku berteleku kat meja study. memandang kosong jurnal fyp aku. bila kebosanan menggigit, aku mula meliar sekeliling. baru aku tau betapa hambarnya bilik aku ni pagi-pagi. tiba-tiba mata aku ni tertancap kemas pada selonggok duit syiling kat hujung meja. aku kira satu persatu. 20 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, 50 sen. wah! semuanya ada rm 1.50.!

rm1.50 mengingatkan pada satu kisah silam aku dengan samsudin. sekitar tahun 1998. masa tu aku masih berhingus dan muka licin bak sutera cina.samsudin ni yang aku kenal memang kepala terjal. tarik tudung perempuan kebelakang sampai koyak dah kira paling otai kampung pada waktu tu. dan terjal dia semakin memuncak bila dia tumbuk muka rogayah, sebab rogayah tuduh dia curik buku latihan.

kisah rm1.50 aku dan samsudin bermula pada satu sesi sekolah petang. aku duduk di tembok pemisah antara surau dan kantin. di kejauhan aku melihat samsudin menempel manja kat lengan maknya, mak cik samsiah. lalu mak cik samsiah pun mengeluarkan tas tangan biru dari raga moto honda bulat. tangan gempalnya ligat menguis bahagian paling dalam tas tangan lusuhnya itu. dikeluarkan satu persatu duit syiling 10 sen, 20 sen, 20 sen, 50 sen, 50 sen.jumlah semua rm1.50 sen. dikumpulkan lalu diletakkan dengan teliti di atas tapak tangan samsudin yang telah tersedia dari tadi. samsudin pun mengucup tangan mak cik samsiah lalu berkejar ke arah aku. gigi rongaknya yang diselangi warna kehitaman jelas kelihatan.

"mak ko bagi berape?" samsudin menyoalku
"dua ringgit" aku mengipas-ngipas dengan not 2 ringgit. terpampang gambar KL Tower pada not itu.
"ko nak beli apa dengan dua ringgit?"
"aku nak beli tam tam banyak-banyak. mak ko bagi berape?" giliran aku menerjah soalan

samsudin segera mengira satu persatu syiling di tapak tangannya. mulutnya terkumat kamit, sambil separa berbisik. sesekali dia mengesat hingus hijau yang mengalir lembut.

"semua ada rm1.50" samsudin mencebik
"ko nak beli ape?"
"aku nak beli aiskrim batang. tapi aiskrim tu rm1.00. mcm mane?" alunannya suaranye gelisah

aku dan samsudin termenung sejenak. seketika kemudian, samsudin terus mengambil syiling 50 sen, lalu dicampakkan ke dalam longkang. berdeting-deting menghempap simen.

"la apsl kau buang 50 sen?"
"sebab aku nak seringgit je. kalau takde seringgit, aku tak boleh beli aiskrim"

aku bingung. eh boleh ke buang duit? aku dengan samsudin hanya merenung 50 sen yang duduk diam-diam kat longkang tu. dengan rasa tak bersalah, kami pun berlalu. mungkin rezeki bagi sape-sape yang jumpa 50 sen tu.

sekarang ni, aku dah mula ikut perangai samsudin. suka buang syiling merata-rata. bagi aku syiling memberatkan kocek seluar jeans, padahal dengan syiling jugaklah aku dapat basuh baju.

2 semut-semut:

meema_bag2 said...

err, dye buang limaposen? =.=

shahiryusoff said...

aah. seriyes. aku pon terpaku.