Saturday, November 12, 2011

Luahan rasa : Pada waktu begini

Pada waktu begini
aku terus berdiri
menginjak pepasir putih
menjadi saksi senja turun perlahan
sambil meliuk lentok garisan jingga
menampakkan kelambu malam disingkap.

Tiada ada apa di sini
di kala lidah ombak membelai
deru angin memukul
kecuali beberapa titis kecil
masa laluku
di mana suatu ketika menjadi bunga
terus mekar di bekas kaca
tetapi kini
ianya gugur
satu-satu
kering begitu sahaja
dan dirangkul oleh angin menggila.

0 semut-semut: