Saturday, November 26, 2011

bila rasa menang


kita, bila dah rasa kemenangan, perasaan gembira tu membuak-buak. rasanya kalau boleh nak semua orang tau apa yang kita rasa. biar nikmat tu dapat dikongsi tanpa prejudis dan kontroversi. tanpa rasa iri hati. syak wasangka. benci membenci.

kemenangan ni aku rasa yang paling nikmat. sebab aku dan mereka kerja sama-sama. jadi, ganjarannya diagihkan secara saksama. terima kasih semua. untuk detik-detik kita yang paling manis.





 next projek. cerite sherammm..tunggu!. ada yang request suruh aku buat video kawen. sori kak, saya bukan aziz m osman.

Friday, November 25, 2011

rm1.50

aku berteleku kat meja study. memandang kosong jurnal fyp aku. bila kebosanan menggigit, aku mula meliar sekeliling. baru aku tau betapa hambarnya bilik aku ni pagi-pagi. tiba-tiba mata aku ni tertancap kemas pada selonggok duit syiling kat hujung meja. aku kira satu persatu. 20 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, 50 sen. wah! semuanya ada rm 1.50.!

rm1.50 mengingatkan pada satu kisah silam aku dengan samsudin. sekitar tahun 1998. masa tu aku masih berhingus dan muka licin bak sutera cina.samsudin ni yang aku kenal memang kepala terjal. tarik tudung perempuan kebelakang sampai koyak dah kira paling otai kampung pada waktu tu. dan terjal dia semakin memuncak bila dia tumbuk muka rogayah, sebab rogayah tuduh dia curik buku latihan.

kisah rm1.50 aku dan samsudin bermula pada satu sesi sekolah petang. aku duduk di tembok pemisah antara surau dan kantin. di kejauhan aku melihat samsudin menempel manja kat lengan maknya, mak cik samsiah. lalu mak cik samsiah pun mengeluarkan tas tangan biru dari raga moto honda bulat. tangan gempalnya ligat menguis bahagian paling dalam tas tangan lusuhnya itu. dikeluarkan satu persatu duit syiling 10 sen, 20 sen, 20 sen, 50 sen, 50 sen.jumlah semua rm1.50 sen. dikumpulkan lalu diletakkan dengan teliti di atas tapak tangan samsudin yang telah tersedia dari tadi. samsudin pun mengucup tangan mak cik samsiah lalu berkejar ke arah aku. gigi rongaknya yang diselangi warna kehitaman jelas kelihatan.

"mak ko bagi berape?" samsudin menyoalku
"dua ringgit" aku mengipas-ngipas dengan not 2 ringgit. terpampang gambar KL Tower pada not itu.
"ko nak beli apa dengan dua ringgit?"
"aku nak beli tam tam banyak-banyak. mak ko bagi berape?" giliran aku menerjah soalan

samsudin segera mengira satu persatu syiling di tapak tangannya. mulutnya terkumat kamit, sambil separa berbisik. sesekali dia mengesat hingus hijau yang mengalir lembut.

"semua ada rm1.50" samsudin mencebik
"ko nak beli ape?"
"aku nak beli aiskrim batang. tapi aiskrim tu rm1.00. mcm mane?" alunannya suaranye gelisah

aku dan samsudin termenung sejenak. seketika kemudian, samsudin terus mengambil syiling 50 sen, lalu dicampakkan ke dalam longkang. berdeting-deting menghempap simen.

"la apsl kau buang 50 sen?"
"sebab aku nak seringgit je. kalau takde seringgit, aku tak boleh beli aiskrim"

aku bingung. eh boleh ke buang duit? aku dengan samsudin hanya merenung 50 sen yang duduk diam-diam kat longkang tu. dengan rasa tak bersalah, kami pun berlalu. mungkin rezeki bagi sape-sape yang jumpa 50 sen tu.

sekarang ni, aku dah mula ikut perangai samsudin. suka buang syiling merata-rata. bagi aku syiling memberatkan kocek seluar jeans, padahal dengan syiling jugaklah aku dapat basuh baju.

Luahan rasa : Rimba Kembara

RIMBA KEMBARA

Aku terus menginjak
Jauh dari garisan permulaan
Tatkala senja mulai turun perlahan
Aku masih hanyut di tengah jalanan.

Di kelewatan ini,
Aku menyusur rimba kembaraku
Diselangi denai dunia kusut berliku
Kiri dan kanan ini, nafsu telah bersatu
Menghimpit sukma menjadi seteru.
Dan setelah terkikisnya waktu memesat
Aku hanyalah picisan dihambat kesepian
Dilambung gelora takdir berputaran

Rindu padaMu lama membungkam
Harapanku merungkai pada sejalur hikmah
Melahirkan seuntai rasa pada secangkir nikmat
Semoga kasihNya menjadi lingkaran,
dan merangkul hidupku bertemu kebahagiaan.


Wednesday, November 23, 2011

ini peluang!

ye. aku makin ghairah nak menukil. mungkinlah tangan aku ni masih nak bermain dengan kekunci netbook aku dah warne kekuningan ni. netbook aku warne putih bersih pada asalnye. bile ianya dicemari dengan minyak dan nasi jerawat kat hujung jari mulus aku ni, jadila ia warne kuning yang menjengkelkan.

minggu lepas aku hampir nak pecahkan cermin tingkap bile aku dapat menang tawaran untuk menulis buku bagi projek terbaru Lejen Press. tajuk die Hero. aku di antara 6 penulis yang berjaye. jadi aku reka lah cerite yang berkisar kan Hero.


reka punye reka, aku pun berjaye siapkan. dengan neves aku submit cerita aku tu. by emel. tu pun tangan rase terketar-ketar. sebab benda-benda macam ni, first time bagi aku. tapi aku rase kurang yakin dengan cerita aku tu. aku rase terlalu klise!! jalan ceritenya persis lambakan drama tv yang aku selalu tengok.

tapi aku try rilek kan diri. goyang-goyangkan kaki sambil menggaru. nak isap rokok, haram aku tak reti langsung. tanda-tanda lelaki yang loser.

lepas tu aku berkesempatan chat dengan salah sorang penulis yang berjaye. namenye din. aku kire din ni mesti pengalaman lebih dalam penulisan.

"ni shahir dapat tulis buku hero tu?"
"ye saye..erm cerite kau dah submit?"
"dah..kau"
"pun dah.. tapi aku tak yakin la dengan cite aku tu. aku buat 14 page je. kau?"
"aku 27 page" aku melatah bagai nak rak. beza betul angka tu dengan angka aku.
"eh silap.. 29 sebenarnye,.hehe" kali ni aku hampir nak tempeleng rumate aku.
"er. bnyaknye. aku rase dorang rejek cerite aku la "
"dah menang mane boleh rejek cerite"
"tapi aku risau sebenarnye.. cerite aku macam sampah"
"takpalah, panjang bukan makna kate power. jangan risaulah. semuanya akan ok"

ok aku dah kembali rilek. yelah. aku masih hingusan dalam penulisan. kadang2 permulaan cerite memang baik, tapi nak habiskan pengakhirannya, punyelah terseksa. nak setkan minda supaya sentiasa terbuka dalam penulisan ingat senang ke? aku ni dah la terlalu rigid tak tentu pasal.

tapi peluang ni, aku bersyukur punyelah tak terkira. aku cube buat sehabis baik. sebab menulis memang keberahian aku. bila perasaan tu dibendung, itu adalah tidak wajar!.selebihnya aku tawakal. bila cerita aku dapat dipublishkan, ucapan syukur gerenti takkan berenti dari bibir mungil aku ni.

so terime kasih bnyak Lejen Press. terime kasih din. tadi aku stalk fb kau. ternyate kau lebih hensem dari aku.

bile aku makin menulis, fyp aku main gelendangan. jadi sebenarnye ape yang kau nak shahir? aku nak dua2 impian aku termakbul. itu saja. doa kalian amat diharapkan. sekian.

muka tua, hati muda. la kot?

rasanya dah lama aku menukil secara membabi buta kat belog ni. bila aku tengah duduk melanguk kat bucu katil, tibe-tibe terlintas satu insiden yg aku rase amat terpukul. petang tu, aku pergi seksyen kaunseling pelajar. bukan tujuan aku dikaunselingkan disebabkan aku bersalah dalam kes pecah rumah atau sebagainya, tapi ini hal berkaitan dengan pengurusan hadiah yg aku menang dalam suatu peraduan. nak dijadikan cerita, akak kaunter tu tak kenal sape tu shahir yusoff. bila tak kenal, ape entah lagi die nak cam muke yg dah tentunya macam pecah rumah jugak.

"kak, saye nak jumpe puan samsiah"

"er. adik siape ye?"

"saye shahir. pagi tadi puan samsiah ade call saye. die suruh saye dtg jumpe die"

"oo.. ni lah shahir yg menang %^&** tu kan?"

aku tersipu2 malu. sambil menguis lantai simen.

"masuklah, puan samsiah ade kat dalam"

"terime kasih kak" aku pun tergedek-gedek masuk ke dalam ofis yg lebih terperuk

"la.. ni la shahir. aku ingatkan muda lagi". aku rase akak tu bermonolog. tapi aku masih boleh dengar suare die.

time tu , aku tak tau nak buat respon mcm ne. niat di hati nak toleh ke arah akak tu dengan pandangan yg mengancam. takpun aku menoleh perlahan-lahan kat die. mcm efek slow motion. tapi aku selamber je. menonong masuk ofis puan samsiah.

balik bilik je, aku terus tengok cermin berkali-kali. ape-ape hal pun akak-akak kat syeksen tu sempoi belake. terime kasih bnyk-byk sebab senaraikan name saye sebagai pemenang pertama peraduan tu. peraduan ape?nanti-nanti la aku upadate. sekian.

Saturday, November 12, 2011

Luahan rasa : Pada waktu begini

Pada waktu begini
aku terus berdiri
menginjak pepasir putih
menjadi saksi senja turun perlahan
sambil meliuk lentok garisan jingga
menampakkan kelambu malam disingkap.

Tiada ada apa di sini
di kala lidah ombak membelai
deru angin memukul
kecuali beberapa titis kecil
masa laluku
di mana suatu ketika menjadi bunga
terus mekar di bekas kaca
tetapi kini
ianya gugur
satu-satu
kering begitu sahaja
dan dirangkul oleh angin menggila.

Thursday, November 10, 2011

kita dan masa lalu

kita sememangnya gemar apabila berbicara mengenai masa lalu. ada yang manis dan ada juga yang pahit.

tetapi kadangkala kita akan ditertawakan, pun disebabkan masa lalu. terus menerus tanpa henti. disebabkan ketidaksempurnaan kita pada ketika itu.

"sudahlah tu ketawakan aku. benda dah lepas pun"

"kaulah yang bengong sangat. buat benda yang bukan-bukan mase tu buat ape?. kahkahkahkah".. bukan kemain semangat ketawa dia. sampai terguling-guling.

sorila kawan. kita pun belajar daripada masa. sekarang kita pun sama-sama dah berubah. jangan biarkan masa lalu akan terus menghukum kita. sehingga menyebabkan rasa kurang yakin dengan hari-hari kita.

Luahan rasa : Ruang waktu

Di ruang waktu ini
Kadangkala menjanjikan kemungkinan
Bukan kepastian
dan bukan keyakinan

Aku rasa sangat tersepit
Oleh waktu-waktu kejam
Yang membuatkan
aku rasa lebih terhukum
akan lumrah manusia
yang semakin menjengkelkan.

Friday, November 4, 2011

Luahan rasa : Puisi terakhir untukkmu

Petang ini,
terlalu hambar
Suara angin,
bagaikan layu.
Tak mampu menderu,
menghempas-hempas wajahku.

Petang ini,
Aku rasa suram.
Setelah sekian lama,
aku mendakap rindu,
dan kasih yang ada bunganya.

Tetapi ternyata,
aku hanyut dalam permainanmu
yang galak,
di balik tabir yang palsu.
Dan kau biarkan saja
rinduku, dan kasihku
terseksa dikikis waktu.

Sekian hari
aku tak mampu menulis puisi,
untukmu lagi.
Biarlah bayanganmu,
memudarkan warnaku,
asalkan ada secangkir manis
menjadi untaian
dan bersisa dalam sukmaku.

Petang ini,
aku biarkan saja daun itu
berguguran
Dari dahannya,
Dari rantingnya
Agar jatuh bertebaran
Menyelimuti hamparan

Seperti kenangan-kenangan lalu
yang gugur
jatuh bertebaran
menyelimuti hatiku
yang dalam kepiluan.

mungkin kau akan lebih cantik sekiranya kau berlaku jujur.

Thursday, November 3, 2011

Luahan rasa : Aku yang beku

Aku adalah aku
Yang beku di peraduan baldu
Dipagari dinding-dinding bisu
Meneguhkan kamar pilu

Sepi-sepi itu
Bertitis di kaca jendela
Mengetuk-ngetuk bagai diseksa

Kadangkala,
Ada yang telah berdesup
Memenuhi ruang tak bertutup
Ligat melingkari kamarku yang redup.

Aku tak tahu
Adakah alam melimpahkan hujan
di luar sana
Agar aku bisa mencampakkan sepi-sepi itu
di halaman
Biarkan ianya musnah dalam kebasahan
Asalkan bukan lagi kuman
Di sukmaku yang semakin rawan