Tuesday, October 11, 2011

penantian cinta

kata orang, cinta itu indah. jujur aku katakan, aku cuba menyelami keindahan tu. dari dulu hingga kini. walaupun cinta pernah datang sekejap, tapi aku siakan. tolak ke tepi macam sampah. sekarang? aku bagaikan terkontang kanting. dah tiba masa aku memerlukannya, untuk melengkapkan lagi kitaran hidup aku. kadang-kadang aku rasa, betapa terdesaknye aku. terhegeh-hegeh mencari cinta tu. sehinggakan aku hampir menyerah kalah, hanya mengharapkan masa menyebelahi aku. tapi aku kena tanya diri aku sendiri : adakah aku terlalu memilih? atau aku belum bersedia? kadang-kadang keadaan sekeliling yang mendesak aku untuk berkasih, bukan lahir dari hati..sebenarnya persoalan yang paling tepat, aku kena tanya diri aku sendiri, apa yang aku mahukan sebenarnya? dari situ aku akan mendapat jawapannya.

aku masih menagih cinta kepadaNya, kerana ianya adalah cinta hakiki . sekian

4 semut-semut:

Rara. said...

ala,susahsusah apa cari cinta, aku kan ada :D

shahiryusoff said...

ngn kau?er.er.nnti aku pikir dlu.haha

~fathiah ibrahim~ said...

huhu..xnk mencari cinta ler,tunggu mak n ayah pilihkan jer.

shahiryusoff said...

mak ayah aku suh aku cari sendiri. aku bukan pompuan nk tggu pilihan mak ayah aku.haha