Friday, October 14, 2011

Kisah Benar. Adib dan Nizam

Adib mengeluarkan sekotak rokok dari kocek seluar jeansnya. Tertera tulisan putih 'Dunhill' atas kotak rokok tersebut. Di bahagian tepi kotak rokok pula terdapat satu imej janin yang telah rosak. Amat mengerikan. Tapi Adib hanya menjeling saja, sambil menyalakan sebatang rokok. Maka keluarlah asap berkepul-kepul dari pinggir bibir hitamnya.

Adib, aku nak sebatang?. Nizam bersuara perlahan.

Tak boleh, kau bukannya hisap rokok.

Apa salahnya aku cuba doh?

Apa yang kau cuba tu sebenarnya permulaan kau tau tak?

Tapi apasal kau boleh?

Sebab aku dah terlanjur Zam. Aku kena teruskan. Nak berhenti susah.

Kalau aku hisap rokok pun, apa yang kau kisah Dib?

Sebab aku tak nak tengok kau rosak. Biar aku je yang rosak.

Nizam terdiam sejenak. Dia kalah menongkah kata dengan Adib. Kotak rokok yang berada disebelahnya di tenung. Diambilnya, dironyokkannya sekuat hati lalu di buangkan ke dalam longkang, hanyut dek kepekatan air yang kehitaman.

Pehal kau buang rokok aku doh?! Kau ingat murah ke benda tuh?. Adib membentak. Muka Nizam hampir ditumbuknya.

Kalau kau tak nak tengok aku rosak, aku pun tak nak tengok kau rosak. Kau boleh berubah, cuma ambil masa. Tak salah kan? Aku kan kawan kau. Nizam tersenyum nipis, lalu bingkas bangun berlalu dari situ.

Adib hanya tercengang. Dia juga kalah.

3 semut-semut:

bag_2 said...

kebetulan, sy punya kwn yg same nama,
adib n nizam :B

Afifah Ahmad said...

bagusnya kalau dia betul2 terbuka hati nak berubah..skurang2nya dia masih punya hati n tak pgaruh kwn dia spy mrokok jgk..:)

shahiryusoff said...

meema : ye ke?mmg2 betul2 kebetulan! tp ni kisah benar.hee

afifah : betul. rase kagum bile dorg support each other