Sunday, October 2, 2011

Malam

aku berteleku di balkoni
dalam kedinginan malam
bertemankan secawan teh panas
puisi-puisi MNasir kubiarkan saja
sengaja menyejukkan halwa telinga.

aku merinci setiap ruang malam
sunyi
sepi
kosong
aku mengambil nafas malam
lalu menghela dengan perlahan
aku cuba mengosongkan jiwa
menyingkirkan segala kegalauan
agar nikmat malam lebih terasa.

aku tenung hamparan malam
hambar
tiada bintang
kadangkala aku terfikir
sekiranya bintang bertandang malam ini,
adakah aku mampu menggapainya?
sekiranya bintang hilang malam ini,
adakah aku mampu mencarinya?

malam
membuatkan aku sentiasa sedar
akan putaran waktu yang melingkariku selama ini
di saat ini
aku merasai aku lebih dekat denganNya




2 semut-semut:

~aremar~ said...

malam??? mmg ianya diciptakan olehNYA sebegitu rupa,gelap,sunyi,sepi....
tp jgn kita lupa...akan tiba siang... yg diciptakan olehNYA untuk kita menikmati dengan lebih jelas keindahan dunia ciptaanNYA..
jgn gusar sahabatku,
adanya malam utk kita meniti hari siang....begitulah lumrah,apa yg x mampu digapai sekarang dengan izinNYA akan mampu digapai jua kelak!!!

p/s : aku mcm x caya je aku yg wat ayat diatas...hikhikhik

shahiryusoff said...

wah a.r!aku suke ayat ko!haha