Sunday, September 4, 2011

Raya. Raya. Raya!!


assalamulaikum.

rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada korang semua. Sekiranya ada kekhilafan diri yang tak disedari, aku memohon ampun dan maaf. sesungguhnya aku diciptakan hanyalah sebagai insan biasa. itu lumrah.

raya kali ini, seperti biasa yang aku lalui seperti tahun-tahun yang sudah. sederhana. raya dengan keluarga sudah cukup untuk merasakan syawal kita sempurna.

saban tahun, umur semakin meningkat. zaman pun berubah. kenikmatan syawal yang kita lalui tiap-tiap tahun pun semakin berubah. kadang-kadang rasa juga kenapalah raya tahun ni tak semeriah dulu. sunyi. sepi. pejam celik. pejam celik. dah masuk syawal ketujuh. masa sememangnya cepat sangat berlalu. tetapi aku tetap bersyukur sebab aku masih berpeluang bertemu dengan syawal kali ini. berkesempatan bermaafan dengan mak abah dan keluarga aku yang lain, berjumpa dan bermesra dengan saudara2 : memadailah bagi aku syawal kali ini bermakna. biarlah dalam serba serbi sederhana, tetapi rasa syukur tu tetap ada.

tahun ini, macam biasa, duit raya yang aku dapat masih banyak. terima kasih kepada yang memberi. mungkin tahun ini tahun terakhir aku dapat duit raya. tahun depan turn aku pulak yang bagi duit raya kat anak2 sedare aku. insyaallah.sekian

2 semut-semut:

~fathiah ibrahim~ said...

selamat hari raya!!nak duit raya! hehe

Eha Solehah said...

wah untung nye pat wet raya ag... sy x dapat pon... sdih....