Friday, September 30, 2011

sampai bila?

sampai bila nak merintih tentang masa lalu?
sedangkan masa hadapan sedang menunggu.

Monday, September 26, 2011

Mari undi baby kegemaran anda!

kesempatan ni, aku nak promote sikit kepada anda-anda semua supaya UNDILAH baby kegemaran anda di laman web Pa&Ma. aku syorkan korang klik link kat bawah ni, lepas tu, cari name baby Mia Sufi Medina binti Mohamad Ridzuan. lepas tu klik kat button UNDI. klik sebanyak yang boleh sampailah tetikus korang rosak. memang tak rugi undi baby ni sebab baby ni memang comel.

http://www.majalahpama.com.my/extra/info.asp?sec=undibb&whichpage=2&pagesize=16

Mia dengan abang angkatnya. erk

Mama Mia (Kak Ila).
Lelaki tu adalah pak su nye (ayie)

Mia dengan kawan mak su nye (Fara)
yang belakang tu barulah mak su die (ayu)

cepat!undi sekarang!kalau mia menang, mia akan jadi cover majalah Ma&Pa!..sekian.

p/s : aku try cari gambar mia dengan mak su, tapi tak jumpe. sori ayu!

Saturday, September 24, 2011

letih

letih
kalau asyik bicara soal cinta je
banyak lagi perkara lain yg aku perlu
lakukan.

manelah tau ianya lebih menggembirakan
hari-hariku seterusnya.

sekian.

Friday, September 23, 2011

peluang beb !





Dalam kesibukan aku dengan kelas, asigment, report fyp, ujrah ptptn, aku mengada-ngada lagi nak masuk contest macam-macam. disebabkan sebelum ni aku pernah hasilkan beberapa video pendek secara amatur : Baju Raya Opah, Kerinduan Ramadhan, Kenikmatan Syawal, Aku, Kau dan Tikus dengan Kembara Rimbawan Johor.. lepas tu dapat suport dari member-member pulak, aku rasa peluang macam ni tak elok dilepaskan. rugi kata diorang. hadiah pon nampak menarik. temanya pon nampak senang..

untuk projek ni, aku dapat suport dari rumate2 aku sendiri. dorang yg volunteer jadi pelakon, dorang jugaklah yang keluarkan idea sedikit sebanyak. so progres makin mudah. setakat ni dah banyak jugak scene kitaorang shoot. insyallah dalam mase seminggu lagi siap la.

mak aku cakap, kalau dah minat sesuatu, jangan lepaskan peluang. bila dah depan mata, ambik je. time zaman study ni lah, peluang yang kita nak sangat, datang mencurah-curah. nanti kalau kita dah kerja, dah kahwin, dah ada anak, belum tentu peluang macam ni datang lagi. yang penting, confident! sekian

Thursday, September 22, 2011

Satu Perjalanan Takdir

sekiranya mesin masa pernah wujud di muka bumi ini
aku mahu ke masa lampau, melihat sejarah kita
melihat dimana kita bermula
dan melihat segala kesilapan kita

agar kini, kita dapat merenungnya

dan sekiranya mesin masa pernah wujud di muka bumi ini
aku juga mahu ke masa hadapan, melihat perjalanan kita seterusnya
melihat di mana kita berakhir
dan melihat segala amalan kita

agar kini, kita akan lebih menginsafinya
 
ustaz aku pernah berpesan
janganlah berhenti mengucapkan syukur
kerana sepanjang perjalanan ini,
itulah takdir kita.

aku percaya akan takdirNya
semoga aku sentiasa istiqamah
dalam mengharungi ketentuanNya.
Amin.



Suatu Masa

aku hanya berbaring
menghayati alunan irama puisi
puisi cetusan M Nasir bagaikan memahami aku
kala ini
ketika ini
tiap kata-katanya bagaikan memujuk aku
agar aku tidak terus hanyut dalam dimensi yang mengelirukan
yang mengecewakan
Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku 
Lalu kau terima

Entahlah
Aku masih keliru
Aku masih hanyut dalam kecewa gamaknya
Ternyata kata-kata ini mengejek aku
Menyeksa aku.

Setelah aku dapat tahu
Si gadis bertudung ungu itu,
sudah berpunya.

Kala ini, tiada lagi pengharapan untuk pertemuan
bagi hari mendatang. sekian.

p/s : tak bermakna aku terus menerus kecewa. aku masih kuat. :)
 

Tuesday, September 20, 2011

kawan?

aku hidup memang suka berkawan. kalau boleh aku mahu cari kawan seramai yang boleh, sehinggalah aku ke penghujungNya.
aku suka berdamping dengan kawan, kerana mereka mampu membawa aku ke dimensi yang menyeronokkan.
dan aku akan menghargai kawan, kerana aku tidak mahu mereka membenci aku.

aku selalu berharap agar mereka tidak serik dengan aku,
oleh kerana kekuranganku yang tidak sesempurna mereka,
tapi berikan aku peluang untuk mencari kelebihan aku sendiri,
supaya aku dapat lebih membanggakan mereka.

aku sememangnya perlukan mereka,
kerana mereka adalah cerminan aku,
medium aku untuk kenal diri sendiri,

tiada apa yang aku minta,
cuma satu harapan, agar mereka sentiasa di belakangku,

sekiranye kemaafan yang mereka hulurkan,
aku sentiasa menerima,
kerana aku dan mereka hanya manusia biasa,
yang sentiasa bertunggangkan nafsu dan amarah.

jangan risau kawan,
aku sentiasa doakan kau
dunia dan akhirat
terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku.

kenangan di Bintulu, Sarawak 2007

Monday, September 19, 2011

Dialah Pentafsir Merdeka


Dialah Pentafsir Merdeka.

Di kala relung waktu memeritkan,
Dia harungi dengan langkah jitu,
Setiap langkah hanyalah untuk anak bangsa,
Perjuangannya membara dalam lingkaran api nasionalisme,
Kebangkitannya utuh dalam horizon patriotisme,
Baktinya menyubur jiwa lara sekian lama,
Semangatnya menyemai jiwa haus digundah masa.

Dia mentafsir kamus merdeka,
Meluaskan makna kegemilangan bangsa,
Mencantas segala kuku kerakusan kuasa,
Sehingga terbina kedaulatan nusa.

Dia mewariskan aksara kebebasan,
Untuk leluhur menghargai kenikmatan,
Supaya terus berdiri di persada keperkasaan,
Memacu megah samudera kemajuan.

Hari itu,
Dia berdiri di hamparan,
Seraya menjulang tangan ke atas,
Melantun kalimah azimat sepanjang zaman,
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Alunan senada bagaikan berdesup,
Menembusi jiwa-jiwa dahagakan kedamaian.

Merdeka ini bagai dipundak,
Semoga ianya tidak hilang jejak,
Bersatulah kita terus mengorak,
Agar gemilangnya terus bertapak.

(dalam kenangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Al-Fatihah)
Puisi Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj
Sempena Minggu Penghayatan Kemerdekaan 2011

gadis bertudung ungu

aku menyusur di jalanan yang panjang
melimpasi tiang-tiang besi yang menceracak
mengatur satu persatu bata yang berselerak
sehingga menyerlahkan tanah yang merekah.

aku terhenti di hujung perhentian
menyoroti kelibat seorang gadis,
bertudung ungu, berbaju hitam
tekun berdiri di bawah teriakan mentari
bagaikan menanti sesuatu yang pasti.

dia memalingkan muka,
lantas pandangannya selari dengan senyumanku
ternyata senyumanku berbalas
diiringi lirikan yang tercetus dari jiwa.
hatiku bagaikan melonjak
sambil dilimpahi bunga-bunga pengharapan
aku tidak menyesal dengan hari ini
kerana aku yakin pada hari esok,
akan ada pertemuan lagi.


menulis itu kepuasan

syukur alhamdulillah. rasa yang tidak terhingga. nikmatnye memang indah. terima kasih di atas kemenangan ini. selagi ada peluang, aku akan terus menulis. menulis dan menulis. aku menulis apa yang aku lihat, apa yang aku rasa dan apa yang aku dengar. kerana menulis itu kepuasan. kita akan tersenyum melihat hasilnya.

kadang-kadang dengan menulis, kita akan lebih kenal diri kita sendiri. kita akan lebih memahami orang-orang di sekeliling kita dan kita akan lebih arif dengan percaturan dunia. Dengan menulis, kadang-kadang akan membawa kita ke alam yang sukar dilangkaui akal. dari situ, kita akan berfikir, kemanakah perginya sisa perjalanan hidup kita yang lepas, dan dimanakah akhirnya kita di masa hadapan.

dengan menulis, kita akan melepaskan semuanya. lepaslah apa yang terbungkam. dari situ kita akan merasa kepuasan. terima kasih sekali lagi. sekian.

Tempat Ketiga
Penulisan Puisi Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj

Sunday, September 4, 2011

Raya. Raya. Raya!!


assalamulaikum.

rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada korang semua. Sekiranya ada kekhilafan diri yang tak disedari, aku memohon ampun dan maaf. sesungguhnya aku diciptakan hanyalah sebagai insan biasa. itu lumrah.

raya kali ini, seperti biasa yang aku lalui seperti tahun-tahun yang sudah. sederhana. raya dengan keluarga sudah cukup untuk merasakan syawal kita sempurna.

saban tahun, umur semakin meningkat. zaman pun berubah. kenikmatan syawal yang kita lalui tiap-tiap tahun pun semakin berubah. kadang-kadang rasa juga kenapalah raya tahun ni tak semeriah dulu. sunyi. sepi. pejam celik. pejam celik. dah masuk syawal ketujuh. masa sememangnya cepat sangat berlalu. tetapi aku tetap bersyukur sebab aku masih berpeluang bertemu dengan syawal kali ini. berkesempatan bermaafan dengan mak abah dan keluarga aku yang lain, berjumpa dan bermesra dengan saudara2 : memadailah bagi aku syawal kali ini bermakna. biarlah dalam serba serbi sederhana, tetapi rasa syukur tu tetap ada.

tahun ini, macam biasa, duit raya yang aku dapat masih banyak. terima kasih kepada yang memberi. mungkin tahun ini tahun terakhir aku dapat duit raya. tahun depan turn aku pulak yang bagi duit raya kat anak2 sedare aku. insyaallah.sekian

Friday, September 2, 2011

Baju Raya Opah


assalamualaikum
dah lama sangat aku tak jenguk blog ni. video kat atas ni, homemade. opah dijadikan eksperimen aku. aku tak tau la kenapa tak boleh upload video direct terus kat post ni. maklumlah blog dah tua. so, aku upload dulu kat youtube, lepas tu barulah boleh share kat sini.

aku buat video saja isi masa yang bersisa. bila idea dan ilham tercetus, rasa puas pun ada. minat?usah ceritalah. ini memang minat aku.

salam aidilfitri. dari shahiryusoff dan opah

p/s : bila dah upload kat youtube, kualiti video amat menjengkelkan