Thursday, August 11, 2011

hidup semakin tua

kaki terus menginjak. sangat jauh dari garisan permulaan. sehingga senja menjengah. tak sedar hidup semakin bersisa. sedangkan dosa masih berlumuran. bergelumang dengan mazmumah. tapi berpura dalam mahmudah. teruslah meminta dariNya. Dia sentiasa mendengar. siang dan malam. dunia dan akhirat.

cc : aeyurazak

Monday, August 1, 2011

masa lalu, kini dan mendatang

"kita hidup hanya berjalan ke hadapan. masa-masa yang mendatang setia menanti kita. kalau lah masa lalu dapat dikembalikan, aku akan setia menghargainya. bila dilihat masa yang aku lalui sekarang, terdetik " kenapa aku tak berjaya seperti dia? kenapa dia dapat semua apa yang dikehendakinya? kenapa dia berjaya lakukan dengan sempurna?"..kerana masa lalu aku sia-siakan. aku tidak menghargai tanggungjawabku, aku tidak menghargai orang di sekelilingku, aku tidak menghargai masa dan waktuku dan aku tidak menghargai akan kemampuanku. keadaanku sekarang membuatku lebih sedar akan kemampuan diri. masa lalu biarlah menjadi pedoman agar masa mendatang akan lebih membanggakan" sekian

kenangan di Phnom Penh Julai 2011
cc : Hakim Khairuddin