Sunday, July 31, 2011

indahnya RamadhanMu

"Subhanallah. sesungguhnya aku merindui RamadhanMu. aku bersyukur di atas kurniaan nikmatMu. nikmat Islam dan nikmat Iman. Ya Rabbi Ya Karim, indahnya RamadhanMu. yang menjanjikan 1001 kebaikan untuk hamba-hambaMu yang bertakwa. Hamba-hambaMu yang terus menerus berpuasa luaran dan dalaman. yang sentiasa menjaga imannya daripada nafsu yang bertunggangkan akal. yang sentiasa menjaga tubuhnya daripada perkara mungkar dan yang sentiasa mendahului urusanMu daripada urusan dunia. Ya Rahman Ya Rahim, indahnya anugerah Lailatul QadrMu. anugerah yang tidak terhingga melebihi sekalian bulan-bulanMu. kesetiaan malaikatMu turun ke langit bumi untuk melindungi hamba-hambaMu yang terus menerus sujud kepadaMu. sesungguhnya Kau lebih mengetahui urusan hamba-hambaMu dan sesengguhnya aku adalah hamba yang paling lemah di sisiMu"

tetapkan imanku,
sempurnakan jiwaku,
ikhlaskan hatiku,
supaya kulalui RamadhanMu dengan ketakwaan.
Insyaallah.

video

homemade video sempena kedatangan Ramadhan yang mulia. ikhlas dari shahiryusoff untuk semua. semoga kita mendapat rahmat hendakNya.

 cinta kepadaMu adalah cinta agung
kenangan di Kampung Thom, Kemboja
cc : Juliana Nordin

sekian.

Thursday, July 28, 2011

cinta?

cinta?
perlukan masa
perlukan kesabaran
dan perlukan ruang
untuk yang terbaik
supaya aku tersenyum
di kemudian hari

biarkan aku bernafas
untuk memilih jalanku sendiri
bukan niatku memberi harapan
dan bukan niatku memusnah harapan
mungkin masa yang menentukan
dan takdir tuhan yang menemukan

sesungguhnya,
aku kalah dalam percintaan
semoga hari mendatang,
memberi kemenangan kepadaku.

maafkan aku 

cuti oh cuti


"mariam, cuti semester ni kau buat ape?"erm..aku nak kahwin lah.dengan cowok lombok depan rumah aku tuh"
"suparji, cuti semester ni kau buat ape?erm..aku nak kerja part time lah.nak bayar hutang along"
"sasha elena, cuti semester ni shasha buat ape?erm..duduk rumah goyang kaki je.maklumlah bapak i kan kaya.banyak duit"..

cuti semester 4 bulan?sememangnya masa yang panjang. kalau kau pejam celik pejam celik (makan tido je) memang takkan habis. kalau kau duduk bilik je terlentang sambil tengok movie korea yang tak berkesudahan, kau memang loser. sengaja biarkan badan kau manja dengan aktiviti yang sia-sia. buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan keupayaan kau, yang boleh membuka minda kau dan yang boleh mencelikkan hati dan mata kau. bukan sukar nak lakukan sesuatu yang sia-sia.semuanya untuk kebaikan diri dan orang lain.

cuti ni aku hambakan diri dengan projek tahun akhir. sepenuh masa aku tumpukan pada pengumpulan data. lokasi? gampang saja. ladang kelapa sawit kat kampung aku. semuanya adalah kerana tikus, tikus, dan tikus. video kat bawah ni adalah homemade. dgn kerjasama kawan baik aku sendiri, Faries. video pendek ni taklah sehebat karya Prof Razak Mohaiden, Kabir Bhatia, mahupun Erma Fatima, tapi cukuplah sekadar menceritakan kegiatan bermoral aku dan Faries..

Part 1
video 

Part 2
video 

maaf.kualiti video yang mcm sampah. aku pakai kamera pakai buang je.tak mampu nak beli video camera.sekian...

Thursday, July 21, 2011

apabila yang bersih menjadi kotor

"manusia memang tidak pernah puas. tamak. pentingkan diri sendiri. sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat hak yang tidak pasti. melaung ke sana sini semata-mata untuk menegakkan kebenaran yang palsu. sehinggakan orang lain menjadi mangsa. disebabkan tindakan busuk yang tercetus dari luahan akal pendek kau. kau kata kau anak ibu pertiwi, tapi apa yang kau sumbangkan untuknya. kau hanya pandai mengharu birukan keadaan, tapi hasilnya?kosong!seperti tin yang ditendang sesuka hati. hanya pandai bercakap tetapi hasilnya tidak menyakinkan"

otak kau sering bercelaru seperti wayar-wayar ini.
kenangan di Phnom Penh. Julai 2011

"sesunggunhya BERSIH itu mengotorkan. bukan menyucikan. sekian"

gagal itu lumrah

"gagal?itu lumrah. jangan nak persoalkan lagi. sebab gagal lah kau akan jadi lebih manusia. jalan yang kita lalu kalau tiada belukar dan duri itu kita akan jadi manusia yang lebih alpa dan lalai. bila lalai merajai hati, tidak bersyukur dan bongkak itu penyakitnya. bila gagal, jangan nak pertikaikan nasib dan takdir. gagal itu ujian. kalau lulus ujian, kau manusia yang berjaya. sememangnya kejayaan itu lahir dari kegagalan. gagal itu untuk kau selalu mencuba tanpa jemu. bukan hanya duduk sahaja tanpa usaha seperti paku. bila diketuk baru nak bergerak".sekian

Fatwa Pujangga



Lagu yang paling indah aku pernah dengar. melodinya, liriknya. semua serba serbi indah. sememangnya menjadi perhiasan halwa telinga.

Aku pernah dedikasikan lagu ini kepada si dia. tetapi bukan mudah untuk meyakinkannya. kesabaran dan keikhlasan aku titipkan. semoga doa-doa ku akan dimakbulkan. amin

lagu Fatwa Pujangga nyanyian Arai untuk gadis yang diminatinya Zakiah Nurmala. Watak-watak dalam Sang Pemimpi. sebuah karya hebat Andrea Hirata. sekian

jangan berhenti belajar

"kita fikir kita dah sempurna?kita yakin kita boleh lakukan semuanya tanpa bantuan sesiapa?itu adalah manusia yang silap. manusia yang terus menerus menanam ego dalam jiwanya. manusia bodoh sombong yang selalu tersenyum sinis melihat hasil orang lain. manusia yang selalu mengkotak-kotakkan keupayaan orang lain. sedangkan banyak kelemahan yang nyata jelas dipundaknya."

"kita diciptakan untuk terus belajar. belajarlah apa sahaja. belajarlah daripada alam sekitar. belajarlah daripada haiwan. dan belajarlah daripada sesama bangsa manusia. belajar mengenai semangatnya, pengetahuannya, kesabarannya, kecekalannya dan pengalamannya. kita diciptakan untuk saling melengkapi. duduk terpujuk dengan kelebihan diri sahaja akan menjadikan diri kita manusia yang lemah"

"orang lain sudah beribu batu jauh ke depan. tapi kita masih terkial-kial berada di takuk yang lama. kenapa?sebab kita malas. malu. tiada disiplin diri. tiada usaha untuk ke depan. hanya ke belakang kita mampu sedangkan kita boleh berdiri sama tinggi dengannya."

"jangan malu untuk belajar daripada orang lain. belajar bukan untuk meniru tetapi untuk inspirasi kendiri. mereka bangsa maju. yang mementingkan masa dan kualiti. kita hanya bangsa yang baru membangun. yang memerlukan masa dan jati diri"


kenangan di Shibuya. Jun 2011

sekian.

Dia hanya perempuan tua.

"Dia hanya seorang perempuan tua. Duduk di serambi pada petang itu sudah menjadi kebiasaannya. Hanya memerhatikan rintik hujan yang entah bila berkesudahan. Atap rumbia yang tampak usang ternyata tidak mampu menahan titik hujan yang semakin menggila. Dibiarkan sahaja. Titis-titis hujan dirinci dengan keluhan yang memberat. Pandangannya dilemparkan sejauh yang boleh. Menembusi pepohon getah yang menjadi sumber rezeki selama ini. Emosinya dijentik secara tiba-tiba. Bibir tuanya diketap tanda menahan sebak. Dia menangis semahu-mahunya. Sedih mengenangkan hidupnya yang dalam kesepian tatkala di ambang waktu senja. Dia membiarkan sahaja emosinya berlarutan. Hujan renyai petang itu seolah-olah menemaninya kala itu. Dia hanya seorang perempuan tua, yang menjalani sisa hidup di sebuah rumah usang. Sunyi dan sentiasa keseorangan"

kenangan di perkampungan Islam, Phnom Penh. Julai 2011

aku akan terus menulis.itu adalah sebuah kepuasan.sekian