Saturday, December 4, 2010

sinetron di pagi hari

memandangkan hari ni aku duduk sorang-sorang dalam bilik,aku buatlah aktiviti kegemaran aku~duduk bersila sambil menghadap dinding.tengah aku leka tu,terdengarlah suare perempuan meronta-ronta.lepas tu,aku teruslah lari belakang koridor bilik.di situ kelihatan satu sinetron yg penuh dramatik kat bus stop depan kolej aku.aku rase mcm tengok cite cerekarama yg setiap hari sabtu tu.aku rase ni mesti kes cinta 3 segi.ade sorang pompuan sambil tebaring-baring kat tanah sambil pegang kaki lelaki tu.pas tu ade sorang lg pompuan duduk kat sebelah laki tu.

mari kita same-same saksikan kesudahan sinetron ini :

watak-watak:
azman, markonah, samsiah, pak gad upm, mak cik lecthumi, aku~pemerhati

markonah : bawak balik sy bang!bawak balik!!sy nak balik jugak!!!
markonah menjerit-jerit sambil meronta-ronta kat atas tanah.
samsiah : isk..sob..sob (nangis)
azman : sudah la tu.jgn nangis kat sini.malu la orang lain nampak.nampak tu,ade mamat hensem pakai spek tengah tengok ayang tu (sambil tunjuk kat aku)
markonah : ah.sy tak kira!!awak tu suami tak bertanggungjawab!!kenape awak biarkn sy kat tepi jalan je!!kenape awak abaikan sy!!
markonah terus guling-guling atas tanah


tibe-tibe pak gad upm pun datang

pak gad : kenape ni dik?
markonah : die ni encik,ade ke suami macam ni!!.dah kahwin tapi abaikn tanggungjawab die!!.
azman : tak encik.ni semua salah paham

tibe-tibe lagi, mak cik lechumi datang.

mak cik letchumi : dik,janganlah mcm ni.cube bawak bertenang k.kalau ade mslh bwk bincang elok-elok.
markonah : baiklah kak.(sambil menangis lg)
samsiah : takpelah abg azman,sy pegi dulu.sy tak nak kacau urusan abg dgn markonah
kate samsiah sambil berlalu pergi.azman pun sempat tarik tangan samsiah.
azman : jgn lah mcm ni samsiah.tak syg abg ke?
pak gad : macam nilah, biar sy yg hantar markonah dgn samsiah ke ktm serdang.kebetulan memang sy bwk keta ni.kamu azman bwk moto kamu.
pas tu samsiah dgn markonah pun dengan lajunye trus masuk dlm keta pak gad tu.azman pun ikot belakang sambil bwk moto kapcainye.pas tu selesai.dengan sekelip mata mak cik lecthumi tu hilang.aku tak tau die dtg dari mane

rupenye masalah nak menghantar ke ktm serdang je.yg azman tu pening nak hantar mane satu.sama ade si samsiah atau markonah.sebab azman bawak moto.agaknye azman nak bawak samsiah,tu yg markonah jerit-jerit terlolong tu.

jadi pesanan untuk azman :
1. kalau dah ade bini tu janganlah nak menggatal cari skandal lain.jage je bini elok-elok
2. kalau pandai buat skandal tu ape kate kau beli je kereta,senang nak angkut dua-dua sekali.
3. kalau tetap nak cari skandal gak,pandai-pandailah cover line bro!

pagi-pagi lagi aku dah dihidangkan dengan satu sketsa yg menarik.sketsa mengenai kehebatan sebuah cinta. ;)

p/s : name watak adelah bukan name sebenar.harap mklum

2 semut-semut:

Cheno said...

watak ko yg mane satu shahir? letchumi ke? haha :P

shahiryusoff said...

erk.tlg skit ea.aku la mamat hensem yg die ckp 2..hee