Sunday, November 21, 2010

pesanan untuk diri

yakinlah hati akan ciptaan dan nikmatNya,
kerana Dia tahu urusan hamba-hambaNya,
sabarlah wahai diri, 
kerana masa mu akan tiba jua,
jangan sedih wahai diri,
kerana kesedihan,semangat kian luntur,
yakin dengan diri,
kerana dari situ,semangat datang,
bila iman lemah,nafsu merajai hati,
akal tidak keruan,akhirnya tindakan memakan diri....

...kadang-kadang negatif menguasai positif..tetapi aku tidak dapat mengawalnya,
...dari situ terbitlah api kemarahan dan kata-kata dusta,
...sehinggakan insan lain yang menjadi mangsa,
...aku perlukan sebahagian daripada masa,
...untuk ku menanganinya,
...semoga hari-hari mendatang semakin ceria,
...dan hati ini semakin berbunga...

masih ada ruang lagi untuk aku berubah..
kerana si Dia telah menjanjikan nikmat kepada setiap hambaNya..

jadikan doa dan sabar sebagai pengubat..
kerana keyakinan akan mencapai impian yang kesumat...



tanggungjawab aku belum selesai...
sebagai seorang anak,pelajar,sahabat dan khalifah yang sentiasa dahagakan keampunan di muka bumi ini...
semoga aku terus melaksanakannya dengan tenang dan berhemah..
TETAPKAN IMAN,KUATKAN FIKIRAN wahai diri...

0 semut-semut: